
KLASIK NASIONAL
M. BAKRI
Allahyarham M. Bakri merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.
Sepanjang pembabitan Allahyarham M. Bakri dalam bidang seni, beliau telahpun merakamkan lebih 80 buah lagu. Beliau mula terbabit dalam bidang seni suara bermula sebagai penyanyi dalam Orkestra Aliran Muda. Pada 1957, beliau menjadi johan Bintang Radio Seluruh Malaya (ketika itu). Antara pengadil pertandingan termasuk Allahyarham seniman P. Ramlee dan Ahmad Jaffar. Ingin ketahui lebih lanjut sejarah pembabitannya dalam dunia seni tanahair? Jangan lupa ikuti SUARA EMAS M.BAKRI bahagian 1, SABTU, 25 FEBRUARI 2012, PUKUL 12.30 PM.....
Orkestra RTM Persembah ‘Konsert Sudirman... Abadi Di Hati’
Sebagai pembuka tirai persembahan Orkestra Radio Televisyen Malaysia (ORTM) 2012 dan bagi mengenang jasa serta menghormati karya seni penyanyi tersohor Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad, Orkestra RTM mempersembahkan Konsert Sudirman … Abadi di Hati di Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini.
Ia akan disiarkan secara langsung di saluran TV1 pada Jumaat (esok) ini pada pukul 9 malam.


















